Wednesday

TAGGIES NURSING PILLOW KEKABU



Kali ni BabyTomey Keluarkan Nursing Pillow yang ada tag pulak..jadi bolehla digantng soft toys kat situ bila baby dah boleh meniarap nanti...baby bukan sahaja boleh berlatih meniarap tapi boleh juga merangsang deria penglihatan dengan kaler2 ribbon yang pelbagai serta ada pulak toys yang boleh merangsang minat baby waktu playtime...



Kami juga telah meningkatkan kualiti Zip untuk produk BabyTomey Nursing Pillow agar tidak mudah rosak..Kini kami menggunakan zip yang lebih tahan lasak berbanding zip biasa atau zip sorok..

Untuk sebarang tempahan boleh sms ke 012-6858409
atau tinggalkan mesej anda di  FB: BabyTomey Nursing Pillow.


Cotton biasa vs 100% Cotton

Fabrik cotton memang sentiasa menjadi pilihan kita kerana sifatnya yang selesa dan tidak panas.Perasan tak kadang-kadang kita tgk fabrik cotton sama atau lebih kurang je coraknya..tapi harga jauh pulak bezanya..bila tanya jurujual masing2 cakap 100% cotton..kalau pergi kedai kain pun bukannya semua salesgirl arif pasal hal ini...Kain cotton biasa pun diorang cakapa 100% cotton..dah banyak kali saya kena ni...Tapi kalau pergi ke gedung fabrik yang besar2 ..lain sikit..mungkin salesgirl diorang terlatih kot..saya pun tidaklaah begitu pandai pulak..cuma bila dah mula berniaga(walaupun kecil2lan je) kenala ambil tahu serba sedikit...sebenarnya perbezaan harga tersebut pasti ada sebabnya...

Kain Cotton Biasa

Senang je nak kenal kain cotton biasa ni....nak pilih cotton biasa pun kena tau merasa jugak..silap-silap haribulan terbeli yang panas..mungkin campuran nilon banyak kot...Contoh cotton biasa..macam kain cotton yang mak-mak atau nenek2 kita selalu buat pakai hari-hari  dulu-dulu tu..ada yang jenis untuk buat baju sekolah dan sesetengah kain yang bercorak kartun yang comel untuk buat sarung tilam baby..Cotton jenis ini agak keras dan kasar sikit kainnya.Harganya agak murah...lama-kelamaan kain tu akan berbintil bila kerap digunakan..Jenis Cotton biasa tidak 100% menyerap haba..kalau buat baju mungkin cepat je berpeluh kalau tak sesuai dengan badan....kalau buat sarung tilam baby pulak dicadangkan alaslah dengan kain batik ke atau apa2 jela sebelum baringkan baby kat situ...(cadangan saya je..taknak ikut pun tak mengapa)..orang dulu2 pun banyak yang guna cotton jenis ni je buat sarung bantal..Sesetengah dari cotton biasa ni walaupun corak dia cantik tapi warna nampak agak kusam sikit..(sesetengah aje..bukan semua)..

100% Cotton

Ini Cotton yang paling selesa dan best..Harganya agak mahal tapi sangat berbaloi...sangat lembut..Menyerap peluh dengan baik...sejuk..sesuai sangat untuk baby sebab ianya tak panas ...Tidak berbintil2 walaupun lama digunakan..Tapi yang tak berapa syok tu nak cari yang bercorak cartoon yang sesuai untuk baby tak berapa  banyak pilihan berbanding cotton  biasa..Disebabkan banyak jugak produk yang dihasilkan dari "100% cotton" yang tidak tulen..anda boleh buat sedikit ujian untuk mengesahkan bahawa fabrik yang anda beli benar2 seperti yang dikatakan dengan membakar sedikit perca  kain tersebut..kalau hangus jadi abu..maka betul la 100% cotton..kalau tak..bukanlah tu...

Saturday

Info Kekabu Asli berkualiti





Di Babytomey kami amat menitikberatkan kualiti kekabu yang bakal  digunakan untuk produk kami..Kami hanya menggunakan 100% kekabu asli sahaja..Untuk mendapatkan kekabu  yang  berkualiti juga bergantung  kepada cara memprosesnya . Kekabu  yang berkualiti  mestilah bersih dari  biji-bij,empulur yg keras dan bendasing  seperti tali rafia ke...perca kain ke..dan sebagainyalah...Oleh itu kami akan memastikan kekabu yang diterima di proses sekali lagi secara manual bagi memastikan ianya benar2 berkualiti..Bukannya terus sumbat sahaja utk dijadikan bantal.


Ini adalah 100% kekabu asli yang diterima..setelah  kekabu ini diterima..pertama sekali ianya haruslah dileraikan..dicubit2 dulu supaya kekabu jadi lebih ringan dan untuk pastikan kekabu tersebut  bebas dari bendasing yg benar2 tidak diingini

 Ini adalah keadaan kekabu tadi yang dah elok semuanya..tunggu disumbat kedalam sarung je..


Bila da ready semuanya..maka barulah kita akan sumbat kedalam bantal..

Friday

Panduan Menjaga Nursing Pillow Kekabu BabyTomey

Tidak dapat dinafikan keadaan asal nursing pillow kekabu mungkin akan sedikit berubah selepas kerapkali digunakan...Mula2 siap bantal ni kelihatan sangat buncit dan keempukannya yang sejati belum terserlah sangat lagi..Tetapi apabila kerapkali digunakan ketinggian nursing pillow ni mungkin akan sedikit menurun bergantung kepada cara penggunaannya...Tetapi ia tidak menjejaskan fungsi nursing pillow ini malah boleh dikatakan ianya sangat fleksibel dan tidak merugikan...Bagi sesetengah orang ianya lebih memberikan keselesaan..

Untuk menjaga Nursing Pillow Kekabu ini anda perlulah selalu menjemur dibawah cahaya matahari dan pukul dengan rotan ke,atau apa2 bahan yang boleh digunakan supaya kekabu tersebut kembali mengembang serta dapat mengekalkan kegebuannya...Ia juga bertujuan untuk menyingkirkan debu dari kekabu yang dah hancur dan sebagainya...

Anda juga digalakkan mencuci sarungnya dengan kerap untuk tujuan kebersihan.

Wednesday

Oder terbaru BabyTomey Nursing Pillow

Terima Kasih kerana sudi menempah dengan BabyTomey...

untuk tempahan sms :012-6858409


























Monday

Nursing Pillow..Tempahan dari pelanggan

    Terima Kasih kerana sudi menempah dengan babytomey...

ni antara koleksi tempahan dari pelanggan tersayang yang sempat diambil gambarnya sebelum dihantar.


                                          
                                            
 japanese cotton..
 japanese cotton..

japanese cotton..
flannel cotton



untuk tempahan dan sebarang pertanyaan sms ke  016- 9673879 / 0176717279

Sunday

Bantal Menyusu dari Kekabu ( Kapok Nursing Pillow)----Custom Made













Assalamualaikum semua...hari ni BabyTomey nak memperkenalkan Bantal Menyusu 
dari Kekabu (Kapok Nursing Pillow). Merupakan bantal menyusu yang PERTAMA di Malaysia yang diperbuat sepenuhnya dari Kekabu Asli Gred A

ada setengah oarang tanya,nak buat apa bantal ni?? bantal biasa kan adaaaa??? apa bezanya....??
haaaa ni yang saya nak cerita kat sini ni...Jangan samakan bantal biasa dengan nursing pillow tau...sebabnya..memang tak sama pun...

Fungsi bantal menyusu ni sebenarnya banyak..bukan setakat untuk menyusukan 
baby sahaja. Tapi itulah tujuan utama ianya dibuat.Mari kita tengok kenapa bantal 
menyusu ni WAJIB di miliki oleh anda:-

1- Kapok nursing pillow ni sepatutnya dimiliki sebelum ibu melahirkan bayi 
lagi. Biasanya ibu2 yang mengandung ni selalu rasa sakit kat belakang, 
lenguh-lenguh pinggang ,kaki dan sebagainya.Oleh itu untuk mengurangkan rasa 
lenguh2 yang menyebabkan barlakunya ketidakselesaan pada ibu ,masa nak 
baring tu anda bolehla letak bantal ni kat belakang atau bawah kaki atau 
betis.Ini lebih memberikan keselesaan yang optimum.

2- Memudahkan penyusuan samada menyusu badan atau botol: Membantu memberikan keselesaan kepada ibu bapa untuk menyusukan bayi  dan meletakkan bayi  dalam posisi yang betul ketika menyusu,sekaligus mengurangkan kesakitan dan stress dibahagian belakang,leher dan juga bahu... Ini sangat penting terutamanya bagi ibu2 yang yang melahirkan anak pertama sebab biasanya mula2 nak menyusu ni memang agak kekok dan boleh menyebabkan sakit belakang kalau tak kena pada caranya.Sememangnya baby yang baru lahir ni kuat menyusu sebab susu  tulah makanan utama mereka. Masa penyusuan yang lama jugak boleh menyebabkan lengan menjadi lenguh-lenguh. Jika nak menyusukan baby dengan botol pun boleh support dengan nursing pillow ni.Baby pun selesa jer kat atas bantal yang empuk lagi gebu ni.

3.Merehatkan bayi anda dengan selamat..
Lengkungan U yang direka ini membolehkan bayi berehat dengan selesa dan selamat.Hanya letakkan bayi di 
antara celah2 lengkungan dengan kepala di atas bantal,dan baby akan terkepung kat celah-celah tu...Masa baby rehat-rehat atas bantal ni,bolehla melatih si comel melihat pemandangan dan persekitaran dengan jelas dan selesa.

4. Membantu bayi  Ketika Meniarap dan Bermain.
Bantal Menyusu Kekabu  ini  menyokong  keperluan bayi untuk menguatkan otot leher,bahu dan belakang semasa meniarapkan bayi anda.  Ia juga membantu bayi untuk melihat sekeliling dengan lebih jelas .Pedetricians mencadangkan  supaya meniarapkan bayi  sebaiknya selepas dilahirkan  selama 30 minit setiap hari.Lagipun masa Tummy time lebih selsesa kalau baby diletakkan atas nursing pillow supaya dada ,perut baby tak sakit..

5. Memudahkan menyalin pakaian atau lampin bayi.
 Dalam lingkungan 3-5 bulan bayi lebih kerap untuk memusingkan badannya dan ia agak menyukarkan untuk menyalin pakaian atau lampin ketika ini terutamanya bagi ibu-ibu yang menyalin lampin di bawah(lantai).Bantal Menyusu Kekabu ini  sangat membantu kerana rekaannya yang mengelilingi bayi. 

6. Untuk memudahkan semasa travel
Sangat bermanfaat ketika travel lama dalam kereta dan sebagainya,kerana ia dapat mengurangkan kelenguhan pada belakang si ibu.

7.Bantal Menyusu Kekabu (Kapok Nursing Pillow) boleh digunakan dari bayi sampai ke dewasa.Maknanya pelbagai lapisan umur boleh guna.

8. Bantal menyusu ni memang serbaguna. Orang tak menyusu pun boleh guna..kiranya anda takkan rugi kalau memiliki bantal ni...:)

CIRI-CIRI BANTAL MENYUSU KEKABU (KAPOK NURSING PILLOW)

1. Diperbuat dari 100%  Kekabu asli  gred A
2.Lebih ringan dari bantal menyusu biasa yang ada dipasaran sekarang
3.Kaler dan corak yang menarik
4.Sarungnya boleh dipilih dari material yang berkualiti yang lebih menarik dan ceria.
5.Mudah dibuka dan dicuci kerana sarungnya mempunyai zip di bahagian atas
6.Lebih ringan/gebu dan empuk.
7. Keluaran tempatan dan merupakan produk keluaran bumiputera.Masih baru di pasaran. Sokonglah Produk buatan Malaysia:)...

Harga: (bergantung kepada material yang digunakan untuk cover pillow)


sebarang pertanyaan sms :  016- 9673879 / 017 671 7279